Tuesday, April 25, 2017

Day trip to pulau redang 2017

Hi all! Assalamualaikum. how are you guys? 
its been quarter of a year now, and we move to May now.
Surprisingly it was too fast for me and there are so many things happened!

wow, well its good. i have done with my first semester in Master Islamic Finance at UNISZA. currently so many assignment and presentation to settle week by week. 
My brain freaking tired and i was think to have some rest and you knoooowww , ya HOLIDAY! i need it. even tak lama , sekejap pun jadilah. janji ada.

so! here we go. dalam seminggu je, my friends and me ,
 we were planned all out together and choose pulau redang  for our very short vacation. 
yaa very short, pergi pagi balik petang.

so perjalanan dari kuala terengganu - ke jeti penarik - ke pulau redang. 
tgg-jeti penarik : about 50 min (at that time , kiteorg tersilap lalu, kemudian patah balik, amek masa dalam 1 jam 20 mins juga)
jeti penarik - pulau redang : about 30 mins.

so, trip kali ni saya bersama 6 kawan yang lain, so soooryyyy sebab lambat.
kiteorang punya group terpaksa tunggu kiteorg sampai kat jeti dalam 9.30 baru bertolak. 
should be pukul 9am dah ada dijeti, tapiiii... sorry u all.

kitaorang super excited sangat bercerita itu ini, segala gossip dan ceramah dikongsi bersama sepanjang trip di sana. bermula jumpa, sampai lah akhirnya ke petang.

Sebenarnya , ni trip kali ke2 bib ke Pulau Redang, sebelum ni pergi ke Pulau Redang dengan adik beradik dan sepupu tahun lepas selepas raya. wuuuuu time tu pergi 3 hari 2 malam, memang syok habes. masa tu kiteorang stay di Lagoon Redang, Long Beach.

here some pic to share, my sweet memory before one of us getting married soon. ya very soon selepas raya. so, gathering ni dapat lah kita spent time bersama untuk kenangan bersama. so happpppy, and it was very memorable.

Pakej day trip snorkeling (1 hari) - rm120/pax
pakej termasuk :
1. Bot pergi balik ke Pulau Redang
2. Sewa peralatan snorkeling
3. Sewa jaket keselamatan.
4. Tiket Taman Laut
5. Snorkeling di 5 point
hubungi : En Amir - 019-9032930
(hubungi je mereka, sangat membantu. iklan ini tidak berbayar , hihi )

so, here gambar bersama-sama di Pulau Redang.

Permandangan daripada Long Beach,

Izzati dan Raihana di Taman Laut, dalam ni port nak snorkelig coral dan ikan cantik2.

7 dugong tersadai.

selfie before terjun 

farhah Diva sangat ni... 

best nya trip ni, sebab dapat boat ni. speed boat yang mcm private boat. kita2 je, shokkkkk sangat. tapi time ni kiteorang masuk dengan group sebelah, jadinya total 12 orang semua dalam rombongan kami.

hye penyu, JOJO. terima kasih kerana buat surprise muncul walaupun sekejap je.

rombongan cik kiah :)

selfie before getting face burn. ohhhh gosh! :(

to the next check point... entahlah, banyak sangat check point. hehe.

sekian sahaja perkongsian trip satu hari ke Pulau Redang , memag best. :)


Thursday, February 23, 2017

Broga dan Gunung Tok Wan 2016

Seriously kat mana pun kita, jaga diri jaga perlakuan. teringat time naik broga haritu, dah sampai broga, unplanned punya projek sambung naik Gunung Tok Wan. sekadar cuba2, berbekalkan 4 bungkus roti gardenia utk 4 org , sebotol air mineral, sebotol air 💯 plus. 

masuk dalam gunung tu, sunyi sepi, kami berempat je. terpukau juga, sebab terpukau dengan keindahan alam semulajadi, kalau sape selalu jalan ngan bib, akan tahu bib adalah org last  sekali sebab selalu terpukau dengan semua keindahan even the small things, mesti nak masuk dalam 🎥 camera. 

nak dijadikan cerita , unplanned punya projek yang ingatkan sejam je sampai kat gunung tu rupanya salah. kiteorg kat tengah perjalanan dah ni, penat ade, letih ade,tapi dah fikir dah jauh berjalan lebih sejam lebih, kiteorg sambung sahaja. Waktu ini kami jumpe 2 org pakcik, kat tengah2 hutan- diaorg camping siap ade unggun api, pakcik tu tegur kiteorg org first mendaki gunung ni, masa tu dalam 10.30 pg. ohhh 😲 kiteorg macam terkejut, really? means kitaorg group pertama pada hari tu. sempat tanye pakcik tu, arah laluan mana, sebab agak keliru. then pakcik tu tanye "ade air 💯 plus  lebih tak? " ...alamak sorry , takdek pakcik, kiteorg ni pun air tinggal separuh je. nak teruskan perjalanan, pakcik tu pesan, hati2 ya... 

kiteorg sambung perjalanan , alhamdulillah sejam kemudian baru sampai kat puncak. yes!!!! akhirnya ... penat lelah kami berbaloi, pukul 11.30 sampai. Rehat2 dulu, sejam lebih juga. amik gambar, buat kenang-kenangan. Haruslah siap berposing gitu.

12 lebih tengahari kiteorg start turun. Laju sikit, tapi momentum dah semakin berkurang,penatttt oiii... time balik, pakcik yang kiteorg jumpe masa pergi dah tiada kat tempat dia berkhemah tu( maybe dah pulang) . Klimaksnya, pertengahan perjalanan... guruh berdetum sana sini, semakin gelap dan gelap. Dan sikit demi sedikit, hujan turun membasahi , dan makin lebat. 

line mmg tiada, coverage phone 📱 zero. kami berbincang nak stay atau teruskan perjalanan. yelah dengan kilat ⛈ lagi gelap pula tu, kami tetap decide teruskan perjalanan, redah sahaja. Tapi redahan kami nak laju, tak laju mana dah dengan tanah berair, becak, jalan licin. slow and staedy redah hujan, dengan perasaan yang cuak. Perut dahlah lapar, sebab sempat alas sebungkus roti tu je sebelum turun. Dalam hati moga selamat sampai ke bawah, dan cepat2 boleh balik , solat dan makan. 

Sejam lebih redah hujan, dan akhirnya hujan semakin surut dan seronoknya ...kami sampai juga ke puncak broga pada pukul 3pm(tempat bermula budak tu kene pukau dan sorok) . Bagi Bib,memang pun, sesiapa yang pergi sini, mesti akan ade moment macam terconfuse, nak lalu jalan mana ni,yang ni ke yang tu. so hati2... tak lepak lame rehat sekejap je, kami terus turun dan turun. 

Amazing punya rasa, memang takdek org dah time tu, kami berempat je. So haritu adalah hari cucu2 ini sahaja yang tawan Gunung Tok Wan. akhirnya, alhamdulillah sampai kat bawah. syukur kami selamat dalam misi "unplanned" ini. 

noted: sepanjang perjalanan pulang, memang dah pesan awal2, suruh istighfar je dalam hati. Agaknya., dah tahu cerita budak ni, rasanya no repeat dah kottt. anyway Hati- hati kat mana pun kita berada :) 

*terpanjang pulak karangan. ade ke yang bace sampai habis? hehehe. ✨good nite 🌙 #bukitbroga #gunungtokwan #unplannedproject
*Throwback 8 september 2016


 

 

 




 






 

Saturday, February 11, 2017

BELAJAR VS KERJA

Satu dilema anak muda kini untuk membuat pilihan untuk menyambung pelajaran atau memilih bidang lapangan kerja untuk meneruskan kehidupan. Pilihan yang ada semua menuntut untuk kita membuat pilihan yang terbaik kerana ia bergerak seiring dengan perjalanan hidup yang juga berjalan tahun ke tahun.

Mana terbaik? BELAJAR vs KERJA. bagi saya keduanya ada kebaikan dan kelebihan tertentu. Untuk pengalaman hidup saya, saya memilih untuk terjun ke bidang kerja dahulu sebelum membeuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Muda. Kerja setahun , rehat setahun , dan sambung pengajian Sarjana Master di UNISZA.

Kelebihan bekerja :

  1. Mendapat pendedahan awal mengenai selok belok dalam bekerja. adat menjadi kuli dan pekerja biasa dan adat menjadi orang bawahan bermula dari bawah.
  2. Mempelajari skill yang diajar ketika sesi "orientasi" .
  3. Hadam politik kerja , tak semua indah, tapi yang indah dan bahagia memang tak dapat dilupakan.
  4. Dapat bina hubungan antara pekerja dan hubungan antara orang yang baru dikenali.
Kelebihan belajar :
  1. Dapat menjimatkan masa.
  2. bagi sesiapa yang sudah fokus dan rasa mempunya kekuatan dalam bidang akademik, dan sudah kearah ingin menjadi seorang pensyarah @ ahli akademik , boleh teruskan niat untuk terus belajar.
  3. Mengasah ilmu lebih mendalam dan lebih terperinci.
Namun, keduanya memberi manfaat yang penting untuk kita dalam membuat pilihan. Jangan takut untuk membuat keputusan. Sekirany punya cita-cita untuk bekerja, teruskan memilih untuk bekerja. Jika sebaliknya, ianya juga merupakan bonus untuk kita kerana mempunyai minat untuk meneruskan pengajian. 

Soalnya, sudahkan kita merancang ?

selamat malam,
12.01 am ,
hadap komputer siapkan slide 5 article 

*seterusnya : selok belok master di unisza. 



Thursday, February 9, 2017

kembali menulis

Dasarnya aku sudah ketinggalan untuk menulis, tapi untuk kearah kebaikan dan positifkan diri, saya akan kembali menulis dan menulis. perkongsian ilmu satu persatu untuk dapatan kajian ilmu yang maha luas.

yes! here we come, saya akan kembali menulis . sedikit demi sedikit. :)