Tuesday, April 23, 2013

Pak guard

Jalan itu menjadi jalan utama aku ke universiti. Saban hari laluan itulah yang menjadi penghubung utama aku untuk ke sana, menuntut ilmu Allah yang banyak tidak terkata. Bermula daripada checkpoint pertama aku akan bertembung dengan pak guard yang ramah kiranya umur dalam lingkungan 45-an gitu. Setiap kali ucapan salam diberi, pasti dibalas dengan senyuman tuanya, persis senyuman atukku di halaman.

Seharian kelas dari awal 8 pagi sehinggalah 4 ptg. 

Perjalanan pulang ke asrama begitu juga. aku pasti bertembung dengan beliau bersama uniform birunya. Kadang, aku jumpa beliau bersembahyang ditepi ruang kosong antara laluan kami, mungkin sedang menunaikan solat asar atau zohor. Sesuatu yang kagum tatkala melihat beliau adalah manik kaca tasbih  pasti terkelihatan ditangannya. Menjaga keamanan sambil berzikir. Lubuk untuk menambah pahala ibadah biarpun bekerja hanya seorang pak guard.

Sekian ^^

1 comment:

  1. pengalaman berharga bagi seorang perantau..kan..

    ReplyDelete