Wednesday, January 2, 2013

# panduan ringkas umrah

Esok 3.1.2013 saya akan memulakan exam final saya untuk sem pertama tahun ke3 di sini. Insyaallah doakan yang terbaik untuk kita semua. Saya tahu, waktu getir begini semua orang akan pulun menghadap buku, study apa2 yang patu, baca nota-nota ringkas dan apa yang patut dihadamkan untuk last minit persediaan. 

Normal la tu, semua orang akan habis- habisan struggle for akhir usaha ini. Tapi saya nak ambil sikit ruang waktu ini. hehe. nak kate malas tak juga. tapi nak kate rajin tu, bukanlah saya orang nya. cuma, mungkin sebab neuron di kepala sudah bagi isyarat untuk rehat sebentar. kasi take five :) sangat take five la kalau dah satu movie dihabesnya. tak kesah la tu.Perkongsian ini saya dedikasi buat semua yang membaca blog ni.

Bagaimana melakukan ibdah umrah?
pertama yang perlu dihadam ialah rukunnya :
  1. Niat berihram
  2. Towaf
  3. Saie
  4. Bercukur / bergunting
  5. Tertib.
Pertama : Niat berihram
Ihram dalam umrah boleh dikatakan berada dalam keadaan yang dilarang untunk melakukan perkara-perkara yang haram. Serta berniat ihram untuk melakukan ibdah umrah. 
" sahaja aku memunaikan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah taala"
Lelaki berihram dengan kain putih dan perempuan dengan pakaian yang menutup aurat. Ihram boleh dibuat di beberapa tempat. Ketika itu, saya dan family berihram di Miqot dan berniat disana. Jauhnya lebih kurang 30 minit dari mecca. Seusai persalinan putih kami sekeluarga bergerak ke masjid di area situ, niat dan solat sunat ihram.
#perempuan dengan pakaian putih @ hitam? secara kasarnya  berihram dengan putih. tapi kebanyakan arab berhitam dengan pendirian mereka. ratanya yang berihram putih hanyalah daripada perempuan asia.

Kedua : towaf
Towaf ialah mengelilingi ka'abah sebanyak 7 kali dengan bahu kiri mengiring di sisi ka'abah. bermula dari hajarul aswad, disana ade lampu hijau yang menjadi lampu permulaan untuk towaf. Pusingan sebanyak 7 kali sambil berdoa.

Ketiga : Saie
Kemudian selesai towaf, bersaie 7 kali antara bukit safa ke bukit marwah. Jaraknya itu yang memerlukan sedikit perjuangan. bagi kaum lelaki, mereka disunatkan untuk berlari-lari anak antara lampu hijau pertama ke lampu hijau kedua. Sambil berdoa dan berzikir :)
#bukit safa dan bukit marwah tidak setinggi bukit-bukit di Malaysia. ini kerana ia sudah diconstructkan untuk kemudahan jemaah haji dan umrah.

Keempat : bercukur/bergunuting
Selesai 7 kali ulang alik antara safa dan marwah,di hujung bukit marwah itu kita melakukan rukun ini. bagi lelaki boleh bercukur rambut dan perempuan cukuplah sekadar guntingkan rambut sekurangnya 3 helai. Ketika itu, umii saya memang sudah bawa letak dalam handbag gunting sebagai persediaan untuk bergunting waktu ini.

Kelima : Tertib.
Selesai menurut tiap rukun, maka selesailah umrah. moga Allah menerima umrah kita nanti.
Kemudian kita boleh tatap ka'bah kerana disitu ketenangan abadi dan disitu adanya ibadah yang membolehkan kita mendapat pahala.

Saya cuma berkongsi sekadar ringkas berdasarkan apa yang dialui sebulan yang lalu. Disinilah peluang kita untuk beribadah sebanyaknya insyaAllah. Saya juga sarankan, bagi kita yang melayu untuk membawa buku panduan berdoa bersama-sama. Saya ketika itu berumrah sekadar berdoa apa yang dihafal dan tidak rugi sedikit pun kita memegang buku-buku doa. 
Orang arab sendiri pun saya nampak ada yang membawa booknote sendiri ketika towaf dan bersaie. Ketika itu saya rase sedikit pointless sebab tak bawa apa2 booknote untuk bacaan doa.Cubalah yang terbaik ketika waktu itu kerana kita diberi peluang untuk berada di tanah haram, tempat yang penuh barakah. Saie pula saya terus mengambil quran, membaca dan membaca sambil berzikir dan bermuhasabah. 

Last but not least: saya ucap selamat mengembara buat sahabat IKIPians dan warga IRBID yang akan ke sana habes final ni! moga kembara umrah korang diberkati Allah selalu. Selamat menjadi tetamu Allah :)

cinta hati... ^^


No comments:

Post a Comment