Thursday, September 29, 2011

secret word


"Sekiranya kamu memberi hati kamu 
yang hancur kamu kepada Allah,
nescaya Allah akan cantumkannya kembali...
Lantas itu, seandainya kamu memberi hati 
yang tercantum itu kepada manusia,
nescaya manusia itu akan hancurkan hatimu..."

-sharing moment  with Dr mahyuddin.-

cantik? hehe,meh la nak belajar design...

Wednesday, September 28, 2011

Salina yang istimewa buat kakak...

Bismillah...

"Akak bib mesti pandaikan?" Adoi, dan2 je nak jual soalan ni kat saya.
"eh, biasa je lah Salina,kat dalam dunia ini kan,Tiada yang susah melainkan kita usaha Salina", kataku ringkas. Adek istimewa itu hanya tersenyum apabila aku mengatakan begitu. Melihat keadaan fizikalnya yang kurang dimata insan biasa mengundang beberapa persoalan dibenak fikiran saya dan rakan2.
"Ish, macam mane orang boleh terima dia sebagai kawan study and betul ke orang tu ikhlas kawan dengan diya ea bib? Yelah cuba kau bayang, dalam keadaan diye macam tu kan, yang confirm kiter tengok pun ada yang tak kena, ader ke orang peduli kat dia?"
Soal yana ketika kami bersama naik tangga menuju ke bilik. 
"Entah lah yana, aku kesian juga tengok diyer,jalan pun salalu sorang2."balasku ringkas...

Kesian! itu lah yang dapat digambarkan. Tadi saya n rakan2 (makteh, yana n mun2) terserempak dengan adek salina kat Maybank untuk urusan withdraw duit. Terkejutlah jugak, tetiba tengok adek ini disini, berseorangan. tiada teman disisi ataupun rakan yang menemani. Munkin berbeza dengan saya, even nak pergi bank pun yang jauhnya 4 kilometer, mesti berteman. Bukan takut, tapi mungkin menjaga, keselamatan, kena lintas jalan lagi, sibuk lagi petang2 waktu orang balik kerja ni, takut terserempak dengan anjing kat tengah jalan lah and sO on lah.

Yang pasti biarlah akak=akak yang  menemani kamu, Salina. Salina adek sem 1,baru lagi di tempat saya belajar ini.Seorang yang saya kira istimewa,faham lah kan? ke nak terang...oke, saya explain sikit. Mungkin boleh dikategori orang kurang upaya, pelat ketika bercakap, cepat penat(sedar bila kami bersama pulang tadi dari bank ke asrama tadi). tapi salina tetap istimewa,still ingat nama saya, ^^ [k bib]. Cayalah salina. Gembira kot sebab diyer ingat nama kita. Tapi tadi dia cakap, dia tak makan lagi. seharian dari pagi.saya tanya kenapa, dan  dia bilang:"ma indi nuqud". tahu tak maksudnya? ni translate nya: "saya tiada wang lah kak bib". Ayyo, dia tak makan lagi rupanya,bertahan sebab masalah kewangan,duit YP pun tak masuk lagi. Kesian, then belanja la diya sikit2. hehe...

Namun terfikir, semangat nye dia belajar. Saya teruja! serius! sebab dia orang first yang saya kenal, i mean, dia still nak sambung pengajian even keadaan diya yang tak seberapa itu. Banggalah saya tengok dia. Ops,saya lah kot, mungkin korang tak? mungkin juga ya. Mungkin kat kolej korang ade jugak insan istimewa macam salina. dan saya yakin orang yang lalui sahaja dapat merasakan perasaan sepeti saya ini. Apapun, Moga Salina berjaya dengan cemerlang ya. Ameen...

Ya Allah, sirami ukhwah kami ini dengan keberkatanmu. Moga kau lindungi adek istimewa ini walau dimana sahaja dia berada. Selamatkan Salina selalu,selematkan hambamu ini selalu juga. Jauhkan segala malapetaka juga keburukan dalam kehidupan kami.
Petang tadi kami pulang dengan selamatnya. Hari ini hari saya terserempak then dapat teman pulang bersama2. tapi the next and next and next moment, agaknya siapa yang sudi menemani dia lagi? Harap2, adek Salina kuat walau dimana sekalipun...



kakakmu yang sedia membantu, cekallah kamu disitu...


Sunday, September 25, 2011

let's hear

Audio...

We SHARE, we CARE...


Saturday, September 24, 2011

angin

Bismillah...
Hari tiada angin maka panaslah kita. Maka terkial-kial lah cari kipas, aircond, atau ape2 jelah asalkan yang boleh bawa kepada sejuk. Tanya je, siapa yang suka panas? ade ke? bila panas juga mulalah orang komen tak puas hatilah, nak buat ini tak kena, itu tak kena. tak selesa pun ada juga. senang citer, tak puas hati lah.
Hakikatnya itu semua kehidupan yang harus diterima. Adakala sejuk dan ada kala panas. Tapi saya suka sangat kalau angin itu datang. Rasa sangat hati ini dibelai, diberi sentuhan hangat oleh ciptaan tuhan yang tiddak dapat dipandang secara nyata walaupun hakikatnya ianya wujud.
Angin bisakah kau dapat selamanya, menjadi penguat diri ini sentiasa. Mesti Jawab angin: eh, ikut suka hatilah nak datang ke tidak. ade time la.kalau bayar boleh la datang sokmo. (hehe)
Ish, sungguh! Kadang terfikir gak, kalau lah kena bayar angin ciptaan tuhan, kOnfem la bankrap dah, pokai laaa and mungkin habis gugur rambut nak fikir dengan bayaran, yuran atau papela.
Tapi, Allah itu Maha Adil bukan. Semua penciptaannya perfect . ye ke? hehe. Yakin la! jawab : YA
Kadang dia bagi, kadang tak. Tapi kesyukuran kita itu yang utamanya, Bila kesyukuran kita didahulukan, maka kita akan terima sahaja apa yang ada. Then, ia mengajar erti kesederhanaan yang menjamin kebahagiaan serta sifat qonaah kita. biarlah apepun, kita terima seadanya, tanpa pilih memilih, tanpa demand yang tinggi.
Jadi marilah kita menjadi hamaba yang bersyukur.

*Angin = semnagat! boleh tak disamakan? boleh kan?....boleh...! boleh! kaitkan lah. hehe . :)

nota: Mabruk alaik kepada ustzah Mardhiyah! sis Mardhiyah, seorang kakak juga ustzh yang amat gigih, familiar, dan happy go lucky. Semoga ustazah bahagia bersama insan tersayang. Panjang ceritanya dengan ustazah, walaupun satu sem sahaja sempat menjadi anak murid beliau. tapi kenangan bersama bisa dilupain dong!  Amat merindui ustazah! Bib menghitung hari untuk bertemu dengan ustazah.
inilah pengubat rindu bib : Bismillahi MaashaAllah yang menakjubkan!

Monday, September 19, 2011

remuk


sedih + kecewa + putus asa

Cerita kecewa menghiasi diri buat kesekian kalinya.
Setelah slip itu dipandang buat pertamnya setelah 3 bulan.
Benarlah itu rezki.
Semua yang sudah ditetap dan ditentukan tuhan.
Harus terima duhai hati.
Harus berusaha lagi.
Kau terlalu banyak menduga dahulu.
Bukalah sejarah baru,lakar,dan terus hiasinya kembali.
Jangan tenggelam lagi dengan lakaran lampau.

Teruskan berdoa dan berharap,
Kerna dia maha mengetahui segalanya.

"Alhamdulillah, All the result i accept it.
Kecemerlangan akdemik penting. 
Namun kecemerlangan sakhsiah lebih penting untuk ISLAM.
Teruskan usaha kakak semester ini.
Moga Allah berkati."
[msg umi, 12/9/2011]

Friday, September 16, 2011

الله يبارك في كما

Cahaya Puteri ini,
 sudah menjadi kepunyaan sang putera.


Semalam, terpancar kegembiraan di wajahmu...
Moga kau bahagia disamping tercinta...
Jadilah wanita yang solehah, taat pada suami .

“Barangsiapa yang berkahwin, maka dia telah melindungi (menguasai) separuh daripada agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah untuk memelihara yang separuhnya lagi”. 
(HR. Al Hakim dan Ath-Thahawi)

بارك الله لكما وجمع بينكما في خير
*tetibe: bile la turn aku?hehe ^^


Sahabatku,









sempat jugak bergambar dengan pengantin, 
tupun selepas rombongan kg laut pulang semuanya...

to smaskl'ians:
mirah Puteri pertama kg laut! 
siapa yang kedua? hehe...

Sunday, September 11, 2011

bunga.

Bismillah.

Tajuk: Berjalan-jalan di Taman Bunga.
Tempat: Kuekenhof, Netherland.
Tarikh: 11 September 2011
Masa: 4.00-5.30 p.m.

Bunga is flower. bunga juga az-ZAhra'.
Kerana amat meminati bunga.
Di sini saya kongsikan gambar-gambar yang sempat diambil.
Untuk tatapan umum, tatapan semuanya.
Ucaplah Subhanallah... Subhanallah...Subhanallah...






























































Indahnya berjalan di taman itu...
Taman syurga yang dipenuhi bunga-bungaan...
Aku terus berjalan...
berjalan di lorong itu...
marasai segarnya pucuk bunga yang bersentuhan tapak tanganku...
Lembut sekali,persis bulu lebat si comel ..
Bunga,
kamu tahu, kelopak kamu itu...
Membuatkan aku tidak ingin balik...
Lantas, aku terus lagi berjalan...
Menghidu wangian mawar itu...
Melihat ciptaan tuhan yang menenangkan jiwa...
Memberi 1001 daya ingatan...
Memuncakkan kembali semangat diri ini...
Terima kasih bunga...

Oke,tamat! tipu! saya berangan ok!...
gambar ini saya share dari photo fb kawan saya.
Sekadar berjalan-jalan di fb sahaja.
dia dah pergi, jumpa taman bunga yang cantik2,indah2 ! nak pergi! ^^
Tiba masanya, sampai lah! InsYaAllah.

p/s: Siapa ade yang nak teman saya pergi tak? bawa saya ke taman bunga yang penuh sekali bunga-bungaan.merasai hangatnya serta sejuknya suasana,walaupun hanya dengan pandangan mata...hehe