Saturday, December 31, 2011

dy/dx dan kebetulan

dy 
dx , , , , , , , , , , 


________________


nikmat dan matematik. saya suka buat matametik. sebab semua nya kebetulan. 
kalau ingat formula , kemungkinan untuk betul sangat tinggi, dan ia satu kebetulan.
satu persamaan dimana kita mencuba untuk mencari nilai persamaan yang relevan bagi nilai.
nilai yang menjadi punca untuk mendapat hasil yang betul.
tak susah, tapi mencabar.


tengok kertas.


alamak! soalan subjektif.tadek objektif. susah.susah.susah.(monolog hati) :((((
sepatah kate yang keluar dr mulut,sambil menggaru kepala.


**
tahu, mesti tak dapat full mark! cuba-cuba, sebab math kan kebetulan, kebetulan keyakinan kita pada formula, jalan kira , jawapan dan segala bagai! 
**
lantas : Done! waktu tamat, dan close the paper.letak pen atas kertas. 


senyum!


dah agak! memang macam tak boleh je. tpi yakin je la yang tinngi. tawakkal.
**
terus check, semak! syko sgt, alaaaaa. at least dapat tahu jawapan ,
the truth solution for the Q.
**
markah : ____/25 , (tamo letak!) . percubaan kehidupan semua itu (ayat nak mengembiran hati)!
__________________




tapi detik final masih ade kan?
owwwhhhhh ,,, " yaaaa, kamooo usaha ya! " kata junior sabahku! 
okiessssss , adek. thnxxx :)


relate : mungkin begitulah kehidupan kita. banyak formula yang boleh digunapakai. cakap je nak formula yang positif atau negatif yang power negatif atau positif pun boleh. Bila dah besar, salu umi pesan : kakak dah besar, memang dah boleh pikirkan? tak kan nak biar dapat hidup yang buruk...mungkin cantik didasar manusia, tpi pada kaca mata tuhan, bagaimana?


jom! cipta formula sendiri yang menjurus kearah kebaikan. kita pilih dan kita laksanakan. tak rugi sedikit pun. dengan formula tu kita cuba2 sampai kita dapat jawapan yang memuaskan dan melayakkan kita berdiri sama tinggi dengan target nak dapat jannah illahi.


aiceeehhh (*banyak nye cakap, habibah s ramli!) heheeee
_________________
tahun baru ~ aku sedeh bila tahun umurku meningkat, tapi reputasi ku..........



bye 2011 ^^





Thursday, December 29, 2011

tulis

Tulis ... T_T


Tulis itu keras.
perlu idea.
perlu perbahasan.
perlu cetusan.
perlu pengawasan.
perlu rujukan.
perlu ketelitian.
perlu pemahaman.
perlu perhubungan.
........................................................................
susah?
susahkan?
memang susah?
........................................................................


mana ntah hilangnya diriku sebenarnya,
jauh merintih ingin dikembalikan,
namun saat itu sering menghantui aku,
aku takut...
hati yang 'biasa',
tiada lagi kesedihan,
tiada lagi feeling,
tiada lagi kekuatan,
tiada lagi kelainan,
tiada lagi ketulusan,
tiada lagi impak,
tiada kelainan...

Ooooohhh tuhaaaannn......


......................................................................


hah,tetibe teringat kat fahrin! kuatnya diye time kena fitnah kat dalam cerita ayat-ayat cinta.korang layan? best juga... saat dia berasa dalam penjara,saat bersama si penjenayah yang punya kerasa hatinya.
namun, teringat katanya :
"duhai anak muda, usah sedih! ingatlah tuhan sedang marah pada kamu. " T_T
betol juga, setiap dugaan mungkin juga tanda Allah marah pada kita, kita yang lalai. sering melupakan hak kita padanya.ujian dan ujian...

Tuesday, December 27, 2011

mimpi s2


kecanggihan dunia sekarang menandakan kematangan dunia.
namun aku yang hampirrrr.....
umur 20 itu maasih berkira dengan perangai keanak-anak....

*tpi, nak juga enset s2! heheeeee :)

Saturday, December 24, 2011

...


"aku bimbang tidak sesoleh dirinya"

Friday, December 23, 2011

tahniah sakinah


Today :
We all have a steamboet dinner at sri Affa restaurant.
Meraikan kejayaan adinda Habibah Sakinah bt Ramli.
Tahniah atas keputusan 7A 2B.
( B: Sejarah dan English )

Jangan sedeh2, rezeki tuhan semestinya yang terbaik buat hambanya.
Tiada yang lebih dan kurang, semuanya cukup dan sempurna.




Wednesday, December 21, 2011

maafkan kakak


Maafkan kakak adekku...

Satu kisah, ketika memeriksa jenazah-jenazah mangsa pengeboman Israel di Gaza lalu,
ada satu jenazah yang penuh duit syiling dalam poketnya seluarnya.
Ditanya kepada rakannya duit apa :
"Dia beritahu kami dia tengah kumpulkan wang untuk membantu
saudaranya di Somalia..." 
-sumber Free Gaza-

Ini kisah dahulu, 3 bulan lalu yang saya pernah terbaca di facebook. Kisah yang aku kira cukup mengambarkan utuhnya perasaan hak sesama muslim. Hak yang perlu kita titik beratkan tidak kesah sesiapapun samaada yang dekat ataupun jauh.

Pernah kawan saya cakap : Hak kita dengan manusia ini sampai ke akhirat ; 
kadang kita terlupa juga terleka, asyik sibuk dengan hal peribadi yang tidak pernah habis. Dengan assingmentlah, borak2 tak pernah habis, habis masa dengan layan fb lagi.

Pernah berangan untuk ke falestin, kata ustaz saya di kolej ketika kelas Arab;
"tahukah kamu, darah falestin cukup tegang, tidak pernah untuk menitis sendirinya,
 malah tidak pernah untuk tertumpah sendirinya"

Ya Allah, izinkanlah aku untuk mengembara ke tanah bumi-mu.
 Merasai betapa besarnya kekuasaanmu yang terbentang luas ini.

_____________________

p/s: ustazah saya suka sangat cerita pengalaman dia di Jordan ! 
merasai perasan suasana 'Fairy tale' 
Mahu juga kesana.




Tuesday, December 20, 2011

semoga sentiasa kuat , duhai diri :)


Percayalah , duhai diri... Hati ini tidak akan pernah kuat, jika kita tidak kembali kepada Sang Maha Pencipta .
Kita kan pasti akan hidup bahagia selagi mana kita bergantung pada Allah.

Jangan ditanya mengapa seseorang itu menangis ditikar sejadah kerna disaat itu utuhnya rasa kehambaan antara hamba dengan tuhannya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda : " Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t., sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia mengharap Allah s.w.t. tanpa dia membawa dosa sedikitpun." -Hadith riwayat Imam Tirmizi

Diri, semoga kau kuat. Utuh dengan ujian dunia yang mematangkan diri semestinya. Yang pasti jangan pernah mengalah untuk tunduk dengan ujian. Ketahuilah tiada ujian itu datang melainkan untuk kekuatan diri.

Marilah kita singkap ; Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga , padahal kamu belum diuji oleh Allah. Maka ingatlah ujian itu datang tanda Allah mahu kita lebih dekat denganNya. Berkira-kira untuk lebih rapat  dengan maha memiliki hati ini. Kita miliknya, dan akhir kita akan kembali padanya.

Diri,
Kau perlu tabah,
Ketahuilah,
Tabah kau itu punya pahala disisi tuhan,
Ayuh,ikhlaskan diri,
Kuatlah hadapi segalanya :)

Semoga , semoga , semoga kau kuat.
****************************



cukuplah


Cukuplah senyumanmu itu memberi aku ketenangan,
disaat luka dihati ini masih berbaki...
Cukuplah pelikku  terjawab dengan hadirnya kamu,
disaat tiada lagi kicauan burung nan senja...




Friday, December 16, 2011

Konvensyen FIQH ummah 2012


Sekilas K-Fiqh 2012
Julung kalinya diadakan di Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk menyertainya. Bersama kita mencipta sejarah Islam di tanah air kita.
Konvensyen Fiqh Ummah 2012 merupakan satu platform ilmiah yang mengumpulkan ilmuwan agama tempatan dan antarabangsa. Mereka akan memberikan panduan kepada peserta dalam usaha melahirkan generasi “ummatan wasatan” yang wasatiyyah (bersederhana) dalam segala aspek kehidupan seorang Muslim – akidah, muamalah, ibadah, siyasah, dakwah, tarbiyah, cara hidup, Al-Quran dan Hadith.

Tempah sekarang untuk temujanji anda bersama ilmuwan-ilmuwan tersohor diwww.k-fiqh.com 


Untuk maklumat lanjut sila layari www.k-fiqh.com 
atau Facebook:
https://www.facebook.com/pages/Konvesyen-Fiqh-Ummah-2012/289422564429327

Twitter:
http://www.twitter.com/kfiqh2012

jom semua! 
mari kita sertai untuk tambahkan keluk ilmu kita . . . 



wedding is to be


Look now, Haappiness is all around,
Your love has brightned up the night sky . . . 

first :
ustzh Mardiah & ust saiful bahry
(my lect at IKIP a.k.a my senior )


 second :
aziz othman & arwa arshad
(my cousins n his wife, bridge has been together at jordan)


third:
Sobiroh sabry & ridzuan 
(my sweeties fren yang telah selamat diijabkabul bersama suami tercinta)


Alhamdulillah, kalian selamat bersama. aku tersenyum indah melihat mereka...

last but not least :
"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." 
(Surah Ar-Rum, 21)

Saturday, December 10, 2011

sekadarnya


" Rahsia hati yang tiada siapa ketahuinya "

Ayat ringkas itu aku pendam sedalamnya. Jiwa muda mana yang tidak bergetar dengan simbolik hati, kata-kata cinta. semuanya horizontal dengan perasaan dan jiwa, namun tiada yang sebaiknya melainkan keikhlasan di hati. Bibir mungkin kata tidak, tapi yang bergolak dihati yang bedenyut dinadi itu semuanya rahsia kukuh antara kita dan tuhan.

moga kita bijak mengemudi cinta abadi :)
 cinta Allah - cinta Rasul  - cinta family - cinta manusia dan 
cinta "DIA"...

S.E.K.A.D.A.R.N.Y.A

Tuesday, December 6, 2011

hari ini 10 muharram


salam. Wishing you all in happy memories for the past day and past day of
1432 H. Happy new year, even hari ni dah 10 hari berlalu dalam bulan Muharaam.
Sedar tak sedar dah 10 hari buku amalan kita yang dicatit malaikat raqib dan atib ditulis dalam version baru.

sedikit perkongsian 14 perkara yang sunat dilakukan pada hari asyura :

  1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri ataupun family .
  2. Memuliakan fakir miskin.
  3. Menahan marah .
  4. Menunjukan jalan bagi yang sesat
  5. Bersedeqah
  6. Menyapu / mengusap kepala anak yatim.
  7. Memelihara kehormatan diri
  8. Mandi sunat
  9. Bercelak
  10. Membaca surah Al-ikhlas hingga akhir 1000x
  11. sembahyang sunat 4 rakaat
  12. Membaca zikir2
  13. Menjamu orang berbuka puasa
  14. Puasa sunat Asyura (9, 10 muharram @ 10,11 muharram)


Saturday, December 3, 2011

beli belah

Baru seusai pulang dari merelease tension, berjalan2 bersama sahabat handai di pusat membeli-belah.Hasrat awal mahu mendapat ketenanagan, sekadar menhirup udara masyarakat di sekitar kuantan ini.Namun lain yang kutemui hari ini. Berpusu2 manusia di pusat membeli belah. 2 gergasi besar itu sungguh ramai dan padat dengan insan-insan yang terdiri daripada pelbagai golongan tak kira kecil besar, tua muda. Lantas aku terus pergi ke tingkat atas, dimana biasanya disitulah majoriti tumpuan bagi golongan muda . Ya,benar tekaanku, mereka-mereka merawang kesana ke mari, entah diduga isi hati mereka senirik apa tujuan. sekadar bergembira di kawasan umum tersebut. Banyak sungguh hidangan hidangan hiburan yang disajikan. uhhhh, penat tengok lagi penat berjalan2 disekitar kawasan itu. oke laaaaa, mungkin setakat ini sahaja. :)

Wednesday, November 30, 2011

dinner with father


Hari ini menikmati dinner bersama walid tersayang. Meskipun jarang keluar bersama dua, agaknya mesti janggal kan jika keluar bersama dua. Anak ke? tanya seseoarang. Iya, jawab ayahku ringkas.
Menikmti makanan Roti arab, sebelum penghijrahan Walid ke KSA :).....

bunga yang indah

salam semua.


Bunga yang indah,
dijaga dan terus dijaga...
robeknya sehelai kelopak,
maka hilanglah serinya...
biarpun cantik dimata manusia,
namun buat si kumbang yang menghinggapnya,
tetap dirasai kekurangan...



Monday, November 14, 2011

2nd convention

Hari ini saya bersama rakan-rakan berkesempatan untuk menghadiri satu konvensyen kebangsaan di Yayasan Pahang. Menghadiri suatu program dimana para peserta serta speaker semua terdiri daripada education person yang amat berkerjaya. Masing masing dengan gaya yang tersendiri, dari belakang saya hanya melihat gelagat mereka yang sunnguh bersemangat dalam memahami presentation by presenter.

Tahun lepas saya juga sempat menyertai konvesyen sebegini di KL. Dan kali ini mendapat sambutan serta diteruskan lagi di Pahang pula. Rasa amat bertuah dapat menyertai 2nd International Conference on Islam and Higher Education ini. Rasa tidaklah layak untuk menjadi salah seorang peserta dalam perhimpunan umum ini. Namun , saya rasa bertuah kerana diberi kesempatan untuk menyertai nya. Fuh, tengok barisan dato' ,  profeser , doktok falsafah. mereka semua telah memberi satu suntikan yang hebat pada diri ini. melihat diri mereka yang semestinya terdiri daripada barisan para pensyarah majorotinya mungkin, telah mengingat akan amanat bonda tercinta : Jagalah hati , agar satu hari nanti kita boleh memberi sesuatu kepada masyarakat umumnya.

Sungguh  takjub , namun saya yang dari belakang hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti allah makbulkan keinginan untuk duduk sebarisan mereka. Ammen. Semestinya niat yang suci itu akan saya perjuangkan. Hakikatnya , amanat bonda agar sentiasa menjaga hati sering dialpakan. Kadang diri ini mudah alpa, hanyut dengan arus modenisasi. cabaran demi cabaran serta rintangan yang amat sukar untuk ditempuhi. Hatta terkadang memang saya tewas, tewas dengan nya. 

Dari jauh juga seorang yang amat saya kagum ialah speaker dari Saudi Arabia , Prof Dr Suliman Abdullah Aba-Alkhalil, seorang rector of Imam Muhammad Ibn Saud Islamic University KSA. Mulanya saya pelik, he can't to speak english! he can't? pelik sungguh. Setiap kali beliau give a speech mesti ade translator yang kene translate arabic-english. Tapi saya faham! Faham juga sikit-sikit dengan isi kandungan yang disampaikan. Tepat, padat dan ringkas. Owwh, orang yang berilmu kan, semestinya hebat. Mungkin nanti saya mahu pergi ke universiti beliau, dan dengar ceramah2 beliau! (bila semua family bermuasafir ke KSA,*Ya, Allah mudahkan urusan walid dan urusan family kami.*).


sambung for esok convension , may Allah easily understanding for the whole massage :)

Friday, November 11, 2011

♥ eleven . eleven . eleven ♥

Sudah lame tidak melakar sesuatu disini. Bangun pagi teerus teringat tarikh hari , which is : 
11-11-11. Jatuh pulak pada hari jumaat. penghulu segala hari . so amazing! cantik! susah nak dapat tarikh seperti ini.  Banyak kisah disebalik tarikh ini. Macam-macsm kisah disebalik tarikh 11-11-11 yang menjadi ettentionionarryy aku selepas gode2 fb tadi! bace senirik ye ^^


Satu yang istimewa bagi aku, nombor itu cantik, pada signifikannya tarikh itu tarikh yang kita jarang untuk jumpa. kadang2 dang jarang je jot.and the most important, that my frreind's nikah, Sobirah sabry. tak keruan semalam dapat mcg dari fatin husna . bib kau tahu esok sob kawen? . what thee,,,so suprise kot rasenye! btw, Moga selamat, selmat melayari bahtera kehidupan dengan insan yang tersayang serta menjadi insan yang solehah dunia wal akhirat!


Semakin besar, semakin banyak juga khalifnya. mungkin seronok membesar, namun keseronokan yang memberi pengertian hidup yang berakah macam mane? aku tertunduk! reputasi yang semakin down! ahaaaaaaaa ^"(  sukar sesukarnya rasanya....



punya kisah juga disebalik [11.11] ini. cerita2 mitos dari sahabat saya, munirah and the geng.
setiap kali mendapat jam 11.11 , mulalah kawan2 ceria semacam. bilangnya ade someone yang sedang merindui kita. ahaaaaaa, nak dijadikan cerita, every teman2 kat ikip ni, bile dapat numbor jam 11.11 , makanya berteriak la kegirangan. "saya dapat sebelas sebelas!" hehe. so, senyum lebar sorang2! heheee ^^.



Tuesday, November 8, 2011

korban

Korban itu satu pengorbana

sebabitu daging best dimakan! heee

Tuesday, November 1, 2011

1-11-11

kenangan kita akan kusimpan semat di memori hati
moga berjumpa lagi di suatu masa lain...

* First test , kau telah membuat hati aku takut sangt di saat ini. moga dipermudahkan.
* frezer, dah datang kat dalam bilik 311 ni. riang ria :)
rm 150 je? murah kan? heheee....

Friday, October 28, 2011

done

Alhamdulillah! bahagia di malam hari. kawan2 semua dah tido. tapi saya? ahaaaa tersengih sorang2.
yes, akhirnya... dah siap assingment, pulun2 akhirnya dapat siapkan.
tinggal esok nak submit tepat jam 9 a.m. je :)
moga2 ustzh syahida terima kerja kami dengan seadanya. bukan senang buat kerja last minit ni. 
ade tips dan cara nya. ahaaa, tak penting tips semua itu, yang penting setting kita. 
aku tahu, agak tak disiplin kan? haha.. tapi kena la pandai2 buat bijak, susun2 then siap la , hehe.
Thnx berjuta2 kat my group: mak teh, dik mai, zun2, n dila !! hehe... 

maka! siap! mahu tido! alhamdulillah!

Thursday, October 27, 2011

moga kau selamat, sahabatku!

26/10/2011 , 10.15 pm

Sedang bertungkus lumus menyiapkan assignment maliah amah di saat akhir!
Teringin juga menulis sesuatu di laman blog penulisan lakaran kehidupan ini.

Sesuatu yang aku tidak pernah jangkakan , namun siapakah kita hanya insan biasa tidak lari dari takdir dan penentuan walaupun sesaat berada dibumi ini.
Petang tadi aku pergi melawat dia. Dia yang kaku terbaring di atas katil dalam bilik bersuhu dingin itu. Tampak wajahnya sungguh lain dari sediakala. Sudah 2 hari dia disana tiada kerdipan mata apatah lagi gerak geri badan seharian. Sungguh satu demi satu katil aku lalui dan akhirnya di penghujung wad itu, bilik khas aku melihat dia disana. Sebak bercampur baur pilu perasaan dihati, tiada kalimah lagi yang terkeluar dibibir, tidak terkata melihat dia dengan bermacam macam jenis wayar terlilit dikawasan kepalanya. sarat  dengan mesin-mesin bantuan kawalan itu.

Takdir tuhan dalam sekelip mata sahaja, baru rasanya aku diacah oleh gelagat dia yang sungguh familiar sebagai seorang ketua kelas. Rasanya baru semalam dia mengacau kami, banat2. Tapi hari ini, tiada lagi senda gurauan ketua kelas ini. Kelas  maliah amah petang semalam bersama us syahida amat sunyi sepi dan hambar. Terkejut besar tatkala berita itu sampai dicorong telingaku, sungguh aku tidak percaya dan amat sukar untuk mempercayai berita sebegini. Berita irshadi kemalangan terbabas sendiri kerana tayar motornya meletup dan kemudiaannya terlanggar divider jalan. Kepala dia yang teruk, ada pendarahan di otak, mungkin akibat hentakan kuat antara kepalanya dengan divider jalan tersebut.

Petang tadi aku berjumpa bonda dan ayahanda dia. Yang Sentiasa berada di depan area icu itu, bergilir-gilir menjaga anaknya, ibu mana yang tidak sebak melihat anaknya yang terkaku terbaring sebegitu di atas katil ? ingat pesannya ibunya, banyakkan solat hajat untuk irshadi,,,dan sewaktu ingin mengundur diri, bersalaman, dan saat itulah paling menyepikan. Salam dan pelukan demi pelukan antara kami bersembilan (zunah, kakak mira, sofro, makteh, anisafi, farhah, mizah , munni ,aku )dan ibunya pada petang itu. Dapat kulihat setitis demi titis airmata kehibaan dan kesedihan ibunya, namun cepat2 dilap dengan tisu putih itu. cerita ibunya lagi , ada empat kemungkinan utk dia, 1.sembuh sepenuhnya 2.kekal koma 3.sedar tapi hilang ingatan 4.-na'uzubillah. apa2 sahaja boleh berlaku.

Sesungguhnya, petang tadi amat hiba untuk kuhadapi, melihat insan seperjuangan berjuang dengan nyawanya sendiri. Moga dia dan keluarga terus tabah menhadapi ujian allah ini.
Syadi! U must strong! As well as u are the strengthen compare to the other guys yang lain! Moga kau terus sembuh dan pulih secepatnya. Aminnn .

kenangan di alaf, prog hPA! 


Wednesday, October 26, 2011

be apart (:



Layan! send it on :)

Tuesday, October 25, 2011

fokus

hari-hari aku tahu kerja itu tidak akan siap,
kerana tidak pernah fokus untuk siapkan assignment tersebut!

oleh itu, FOKUS!  fokus! yeah, malam ini dah siap 45%...
due date : 28/10/2011 , 9 a.m.
ahaaaa~ pasti siap! dan harus siapkan :)

nota kaki: hari ini dapat tahu irsyadi ( ketua kelas yang berwibawa) excident. sekarang di icu ! ohh :'(.
moga kamu cepat2 sehat!!!!!~

Wednesday, October 19, 2011

pagi

mulakan hidup zikir harian & bacaan quran 

Monday, October 17, 2011

kupon diskaun

.Tetiba teringin buka folder gambar  ini.

 Suatu petang itu, kami bersama ramai2 ke ecm.
menikmati hidangan di restoran rasamas bersama sama.
siapa sangka berukhwah itu susah dan tidak best?
Malah lebih dari itu, kebersamaan itu sebenar mengajar erti perhubungan.
Sungguh aku sayang kamu semua!
kuang2! berkenyangan di sana :)



yummy2! hehe

Saturday, October 15, 2011

4 tahun


4 Tahun  akan kugapainya,
dengan izinnya cemerlang itu hak umum.

Ku berangan untuk membaling topi petak itu dengan gembiranya. berangan yang masih menjadi penantian dan penantian buat jangka masa yang matang. bukan masa itu yang matang, tetapi diriku yang matang, matang dalam mengemudi kehidupan yang penuh pancaroba, dugaan yang datang silih berganti ini.

Selesai pulang dari majlis konvokesyen sebentar tadi, sudah mula pasang niat nak pakai jubag konvo itu. Bukan apa, cuma tidak sabar lagi untuk aku menggelarkan diriku ini matang. Satu proses yang panjang dan lama untuk mencapai target matang itu. matang dalam ilmu kehidupan,matang dengan dakwah, matang dengan tanggungjawab, matang dengan sakhsiah diri, matang dengan akademik, juga matang dalam kerohanian and sume lah kalau boleh.Biarlah target itu lama, agar aku bisa menyusun keluk diri ini dengan sebaik-baiknya. 

Tawaran pesyarah saya tadi  untuk mencuba jubah konvo itu aku tolaknya dulu.Belum tiba masanya lagi, masih kenak-anak sudah bernagan! kan2?. tak payah mimpi disiang hari la. Malam pun belum tentu dapat kita jangkakan. namun, di sudut hati kecil ini, biarlah hasrat niat itu kubukukan di sini. Saksinya gambar balingan topi kat atas tu cukuplah sekadar hiasan. hiasan, namun penantian yang mengajar seribu satu erti kesabaran dan kesungguhan. nak dapat main baling2 topi tu, kenalah belajar dulu . 

*sakinah dah sampai di rumah, tapi tak jumpa lgi dia.
* bufday abg mie, (abbas), moga terus menjadi anak yang soleh,
dapat berbakti pada umi dab walid.

Friday, October 14, 2011

abang haya'

salam alaik...

abang haya'! tajuk hari ini berkisar seorang abang. Bila masa pula saya ade abang kan? abang mana ni? abang tiri?abang angkat?abang sepupu ke? tiada lah! gelaran semata-mata "abang itu", hakikatnya cuma saudara seislam yang dikenali tak sampai sebulan baru.

tak payah intabieh sangat dekat words abang tu. tapi nak diceritakan the next word itu : "abang HAYA'". what is haya'? u knOw that? tahu kan? haya' adalah satu perasaan yang memungkinkan diri kita merasakan rendah dihadapan orang lain. senang bahasa kitab kuningnye, malu lah. Malu yang Allah campakkan ke dalam jiwa manusia untuk merasakan betapa rendahnya diri nak dibandingkan dengan kekuasaan tuhan Yang maha besar lagi maha mengetahui.

Hari ini saya pergi lagi ke gerai usang beliau di hadapan flat tak jauh dari kawasan asrama saya. Titik peluh beliau mencari rezki tiap2 hari itulah yang menjadikan perut saya kenyang. Adakalanya saya akan pergi juga kesitu memandangkan penawaran harga yang diberikan jauh lebih murah berbanding makanan2 yang dijual di cafe bawah.Inilah economist namenya, always thinking yang murah+banyak=jimat jawapannya.

Bangga melihat sikap abang ini, sungguh haya' , malu dan sopan tatacara peribadinya. Bukan senang mahu mencari@menjumpai lelaki sebegini perangainya. Bukan tidak jumpa, tapi mungkin jarang. Nisbahnya 5:1 kot. Malunya itu kadang membuat aku yang perangai lok lak malu. gone tu? yelah, bila kita perempuan mesti lah seiring dengan sifat malu dalam apa jua aspek. Tak kisah dalam apa2 jua keadaan juga kan? Namun kadang kita kehilangan sifat malu itu. Mutakhir ini, banyak cerita-ceritu yang mengisarkan remaja perempuan tersasar dinodai. itulah,inilah... mungkinkan penyebab utama perkara sebegini berlaku kerana nipisnya sifat malu dalam diri itu?

Tertanya-tanya mengapa tiada malu dalam diri itu?hakikatnya, Perasaan halus inilah yang  perlu disuntik kedalam jiwa manusia lebih2 lagi kepada insan yang bergelar perempuan.Yang mempunyai harta juga perlu dijaga serta diamati dengan jalan syarak agar akhirnya redha illahi itu menjadi jaminan untuk mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat. Abang malu itu sungguh memantulkan perasaan serba salah pada diriku ini. Manakan mungkin seorang perempuan loss in haya' nya! juhud2!... kembalikan sifat haya' dalm diri. cOme on!

MALU ^-^
Malu juga mahu mengatakan aku merindui kamu*


Tuesday, October 11, 2011

hebat

Bukan mudah menjadi insan hebat. Setiap insan pasti menyimpan perasaan untuk menjadi seorang yang hebat di mata sesiapa jua, di mata kawan, sahabat, ibubapa, pensyarah, makcik jual nasi lemak, kakak library, makcik cleaner surau, penjual roti, sesiapa sahaja. Mesti rasa ingin kita dilihat hebat, dilihat mampu untuk melakukan sesuatu yang boleh meyakinkan kredibiliti diri kita. Hatta saya juga ingin, mustahil saya tak nak!
Tapi kenapa?
Sesuatu yang kita lakukan biarlah ade niatnya yang tersendiri. Bukan mahu menunjukkan ke'belagakkan' diri. Namun yakikanlah bahawasanya ISLAM yang sebenarnya ingin melihat kamu hebat, diri ini hebat dari apa jua sudut yang akhirnya mempositifkan diri serta dapat menyucikan diri dari kekosongan jiwa yang melampau.
Begitupun, sedarlah hebat kita biarlah hebat di mata pandang Allah. Sebaik-baik penilai yang mengadili keikhlasan hati untuk menjadi hebat itu. Jangan kata diri tidak mampu jikalau tidak pernah mencuba untuk menjadi hebat. Hebat dalam perdebatan, percakapan, perbincangan ilimiah, kelas2 kuliah juga tutor harian.
Pasti ada kehebatan yang tersembunyi dalam jiwa seseorang itu. Rahsianya kita perlu juhud! ahaaa, macam push ayat nyer, tapi benarlah, Usaha yang tinggi yang perlu diperjuangkan.

"Menjadi hebat untuk melihat betapa tingginya iSlam "

hari-hari dalam hidupku,
moga terus thabit pada jalan illahi,
terlalu banyak perkara yang mendatang,
ajari aku erti menilai setiap kejadian itu...

Sunday, October 2, 2011

312

salam alaik...

Diriku di rumah, di bilik 312, bersama roomatesku yang ramai balik rumah. Weekend disini,pertama kali bermingguan disini, kondo yang tersergam indah di kawasan ini. ahaaa, tak payah nak perasan, flat je pun. Pelik bermingguan disini di rumah ke-2 ini, biasanya aku hanya balik rumah. balik rumah dengan misi yang utama, mendobi baju2 berjumpa sekalian adek2 yang ramai,penyeri hidup even sayalah insan yang selalu mengusik adek2 dan menyebabkan mereka menangis...

Semalam menghabiskan waktu di mall, ahaaa enjoy saje! jalan2 with sahabatku, got news fren, Ipah, si kecik yang cumil dan raggi. thanx to yana yang menjadi advisor utama dalam pemilihan spectacles baru ini. Sudah berhari menahan sakit mata akibat effection lens itu! huh-^-. bakal merindui lens itu! even saya tahu, terpaksa meninggalkan kamu lens coklatku! see u the next,after my eye become sihat, sehat walafiat sepenuhnya. Ada masa kita jumpa lagi,aku pasti merindui untuk hidup dengan kamu, yang banyak mengajar erti kesabaran. Wada' al-lens :D

2 Hari yang menagajr aku untuk berada di bilek, menagajr aku erti bosan, tapi change 180 when pandai manage masa yang semestinya banyak2 sgt. nanti saya share kan apa yang menjadi tontonan di awal pagi tadi! sungguh bermakna.


selamat bertonton! :)

Thursday, September 29, 2011

secret word


"Sekiranya kamu memberi hati kamu 
yang hancur kamu kepada Allah,
nescaya Allah akan cantumkannya kembali...
Lantas itu, seandainya kamu memberi hati 
yang tercantum itu kepada manusia,
nescaya manusia itu akan hancurkan hatimu..."

-sharing moment  with Dr mahyuddin.-

cantik? hehe,meh la nak belajar design...

Wednesday, September 28, 2011

Salina yang istimewa buat kakak...

Bismillah...

"Akak bib mesti pandaikan?" Adoi, dan2 je nak jual soalan ni kat saya.
"eh, biasa je lah Salina,kat dalam dunia ini kan,Tiada yang susah melainkan kita usaha Salina", kataku ringkas. Adek istimewa itu hanya tersenyum apabila aku mengatakan begitu. Melihat keadaan fizikalnya yang kurang dimata insan biasa mengundang beberapa persoalan dibenak fikiran saya dan rakan2.
"Ish, macam mane orang boleh terima dia sebagai kawan study and betul ke orang tu ikhlas kawan dengan diya ea bib? Yelah cuba kau bayang, dalam keadaan diye macam tu kan, yang confirm kiter tengok pun ada yang tak kena, ader ke orang peduli kat dia?"
Soal yana ketika kami bersama naik tangga menuju ke bilik. 
"Entah lah yana, aku kesian juga tengok diyer,jalan pun salalu sorang2."balasku ringkas...

Kesian! itu lah yang dapat digambarkan. Tadi saya n rakan2 (makteh, yana n mun2) terserempak dengan adek salina kat Maybank untuk urusan withdraw duit. Terkejutlah jugak, tetiba tengok adek ini disini, berseorangan. tiada teman disisi ataupun rakan yang menemani. Munkin berbeza dengan saya, even nak pergi bank pun yang jauhnya 4 kilometer, mesti berteman. Bukan takut, tapi mungkin menjaga, keselamatan, kena lintas jalan lagi, sibuk lagi petang2 waktu orang balik kerja ni, takut terserempak dengan anjing kat tengah jalan lah and sO on lah.

Yang pasti biarlah akak=akak yang  menemani kamu, Salina. Salina adek sem 1,baru lagi di tempat saya belajar ini.Seorang yang saya kira istimewa,faham lah kan? ke nak terang...oke, saya explain sikit. Mungkin boleh dikategori orang kurang upaya, pelat ketika bercakap, cepat penat(sedar bila kami bersama pulang tadi dari bank ke asrama tadi). tapi salina tetap istimewa,still ingat nama saya, ^^ [k bib]. Cayalah salina. Gembira kot sebab diyer ingat nama kita. Tapi tadi dia cakap, dia tak makan lagi. seharian dari pagi.saya tanya kenapa, dan  dia bilang:"ma indi nuqud". tahu tak maksudnya? ni translate nya: "saya tiada wang lah kak bib". Ayyo, dia tak makan lagi rupanya,bertahan sebab masalah kewangan,duit YP pun tak masuk lagi. Kesian, then belanja la diya sikit2. hehe...

Namun terfikir, semangat nye dia belajar. Saya teruja! serius! sebab dia orang first yang saya kenal, i mean, dia still nak sambung pengajian even keadaan diya yang tak seberapa itu. Banggalah saya tengok dia. Ops,saya lah kot, mungkin korang tak? mungkin juga ya. Mungkin kat kolej korang ade jugak insan istimewa macam salina. dan saya yakin orang yang lalui sahaja dapat merasakan perasaan sepeti saya ini. Apapun, Moga Salina berjaya dengan cemerlang ya. Ameen...

Ya Allah, sirami ukhwah kami ini dengan keberkatanmu. Moga kau lindungi adek istimewa ini walau dimana sahaja dia berada. Selamatkan Salina selalu,selematkan hambamu ini selalu juga. Jauhkan segala malapetaka juga keburukan dalam kehidupan kami.
Petang tadi kami pulang dengan selamatnya. Hari ini hari saya terserempak then dapat teman pulang bersama2. tapi the next and next and next moment, agaknya siapa yang sudi menemani dia lagi? Harap2, adek Salina kuat walau dimana sekalipun...



kakakmu yang sedia membantu, cekallah kamu disitu...


Sunday, September 25, 2011

let's hear

Audio...

We SHARE, we CARE...


Saturday, September 24, 2011

angin

Bismillah...
Hari tiada angin maka panaslah kita. Maka terkial-kial lah cari kipas, aircond, atau ape2 jelah asalkan yang boleh bawa kepada sejuk. Tanya je, siapa yang suka panas? ade ke? bila panas juga mulalah orang komen tak puas hatilah, nak buat ini tak kena, itu tak kena. tak selesa pun ada juga. senang citer, tak puas hati lah.
Hakikatnya itu semua kehidupan yang harus diterima. Adakala sejuk dan ada kala panas. Tapi saya suka sangat kalau angin itu datang. Rasa sangat hati ini dibelai, diberi sentuhan hangat oleh ciptaan tuhan yang tiddak dapat dipandang secara nyata walaupun hakikatnya ianya wujud.
Angin bisakah kau dapat selamanya, menjadi penguat diri ini sentiasa. Mesti Jawab angin: eh, ikut suka hatilah nak datang ke tidak. ade time la.kalau bayar boleh la datang sokmo. (hehe)
Ish, sungguh! Kadang terfikir gak, kalau lah kena bayar angin ciptaan tuhan, kOnfem la bankrap dah, pokai laaa and mungkin habis gugur rambut nak fikir dengan bayaran, yuran atau papela.
Tapi, Allah itu Maha Adil bukan. Semua penciptaannya perfect . ye ke? hehe. Yakin la! jawab : YA
Kadang dia bagi, kadang tak. Tapi kesyukuran kita itu yang utamanya, Bila kesyukuran kita didahulukan, maka kita akan terima sahaja apa yang ada. Then, ia mengajar erti kesederhanaan yang menjamin kebahagiaan serta sifat qonaah kita. biarlah apepun, kita terima seadanya, tanpa pilih memilih, tanpa demand yang tinggi.
Jadi marilah kita menjadi hamaba yang bersyukur.

*Angin = semnagat! boleh tak disamakan? boleh kan?....boleh...! boleh! kaitkan lah. hehe . :)

nota: Mabruk alaik kepada ustzah Mardhiyah! sis Mardhiyah, seorang kakak juga ustzh yang amat gigih, familiar, dan happy go lucky. Semoga ustazah bahagia bersama insan tersayang. Panjang ceritanya dengan ustazah, walaupun satu sem sahaja sempat menjadi anak murid beliau. tapi kenangan bersama bisa dilupain dong!  Amat merindui ustazah! Bib menghitung hari untuk bertemu dengan ustazah.
inilah pengubat rindu bib : Bismillahi MaashaAllah yang menakjubkan!

Monday, September 19, 2011

remuk


sedih + kecewa + putus asa

Cerita kecewa menghiasi diri buat kesekian kalinya.
Setelah slip itu dipandang buat pertamnya setelah 3 bulan.
Benarlah itu rezki.
Semua yang sudah ditetap dan ditentukan tuhan.
Harus terima duhai hati.
Harus berusaha lagi.
Kau terlalu banyak menduga dahulu.
Bukalah sejarah baru,lakar,dan terus hiasinya kembali.
Jangan tenggelam lagi dengan lakaran lampau.

Teruskan berdoa dan berharap,
Kerna dia maha mengetahui segalanya.

"Alhamdulillah, All the result i accept it.
Kecemerlangan akdemik penting. 
Namun kecemerlangan sakhsiah lebih penting untuk ISLAM.
Teruskan usaha kakak semester ini.
Moga Allah berkati."
[msg umi, 12/9/2011]

Friday, September 16, 2011

الله يبارك في كما

Cahaya Puteri ini,
 sudah menjadi kepunyaan sang putera.


Semalam, terpancar kegembiraan di wajahmu...
Moga kau bahagia disamping tercinta...
Jadilah wanita yang solehah, taat pada suami .

“Barangsiapa yang berkahwin, maka dia telah melindungi (menguasai) separuh daripada agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah untuk memelihara yang separuhnya lagi”. 
(HR. Al Hakim dan Ath-Thahawi)

بارك الله لكما وجمع بينكما في خير
*tetibe: bile la turn aku?hehe ^^


Sahabatku,









sempat jugak bergambar dengan pengantin, 
tupun selepas rombongan kg laut pulang semuanya...

to smaskl'ians:
mirah Puteri pertama kg laut! 
siapa yang kedua? hehe...

Sunday, September 11, 2011

bunga.

Bismillah.

Tajuk: Berjalan-jalan di Taman Bunga.
Tempat: Kuekenhof, Netherland.
Tarikh: 11 September 2011
Masa: 4.00-5.30 p.m.

Bunga is flower. bunga juga az-ZAhra'.
Kerana amat meminati bunga.
Di sini saya kongsikan gambar-gambar yang sempat diambil.
Untuk tatapan umum, tatapan semuanya.
Ucaplah Subhanallah... Subhanallah...Subhanallah...






























































Indahnya berjalan di taman itu...
Taman syurga yang dipenuhi bunga-bungaan...
Aku terus berjalan...
berjalan di lorong itu...
marasai segarnya pucuk bunga yang bersentuhan tapak tanganku...
Lembut sekali,persis bulu lebat si comel ..
Bunga,
kamu tahu, kelopak kamu itu...
Membuatkan aku tidak ingin balik...
Lantas, aku terus lagi berjalan...
Menghidu wangian mawar itu...
Melihat ciptaan tuhan yang menenangkan jiwa...
Memberi 1001 daya ingatan...
Memuncakkan kembali semangat diri ini...
Terima kasih bunga...

Oke,tamat! tipu! saya berangan ok!...
gambar ini saya share dari photo fb kawan saya.
Sekadar berjalan-jalan di fb sahaja.
dia dah pergi, jumpa taman bunga yang cantik2,indah2 ! nak pergi! ^^
Tiba masanya, sampai lah! InsYaAllah.

p/s: Siapa ade yang nak teman saya pergi tak? bawa saya ke taman bunga yang penuh sekali bunga-bungaan.merasai hangatnya serta sejuknya suasana,walaupun hanya dengan pandangan mata...hehe